Wednesday, May 6, 2026

Pekan Seni @ Kembara Utara 2026


 

Pekan Seni @ Kembara Utara Bakal Meriahkan Balai Seni Negeri Kedah

Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman serta Bank Negara Malaysia bakal menganjurkan program seni dan budaya berskala besar bertajuk “Pekan Seni @ Kembara Utara” yang akan berlangsung pada 8 hingga 9 Mei 2026 bertempat di Balai Seni Negeri Kedah.

 

Acara yang dijangka berlangsung dengan penuh warna-warni ini bakal menghimpunkan pelbagai penggiat seni, kartunis, pengunjung dan pencinta budaya dari seluruh pelusuk negeri dalam suasana santai dan penuh kreativiti.

 

Turut memeriahkan program ini ialah kumpulan kartunis terkenal dari Utara tanah air iaitu Chontiang Legasi Kartunis yang akan tampil dengan pelbagai aktiviti seni secara langsung bersama pengunjung. Antara kartunis yang bakal hadir ialah Kartunis Kucai, Kartunis Cekeding, Kartunis Syaheed, Kartunis Kitosia dan Kartunis Nana.

 

Menurut pihak penganjur, dua lagi ahli kartunis daripada kumpulan tersebut tidak dapat menghadirkan diri atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang dua hari program berlangsung, antaranya:

  • Pameran seni kreatif
  • Sembang santai bersama penggiat seni
  • Persembahan seni dan kebudayaan
  • Bengkel seni
  • Pertandingan mewarna
  • Persembahan wayang kulit
  • Demonstrasi dan aktiviti kraf
  • Jualan trak makanan

Program ini akan berlangsung bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menikmati suasana seni dan budaya dalam tempoh yang lebih panjang.

@chontiang_7artis Jom datang ke booth kami, hari ini 9hb Mei 2026 (Sabtu) adalah hari terakhir kami di Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman. Dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk adalah percuma sahaja tau! Ayuhhhhh! #balaiseninegeri #balaiseninegerikedah #pekanseni #kembarautara #chontiang #Kedah ♬ original sound - Chontiang

Menariknya, kemasukan ke acara ini adalah percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Orang ramai khususnya pencinta seni, kartun, budaya tradisional dan aktiviti keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan “Pekan Seni @ Kembara Utara”.

Acara ini bukan sahaja menjadi platform menghimpunkan komuniti seni tempatan, malah turut menjadi medium memperkenalkan warisan budaya dan kreativiti anak tempatan kepada generasi muda serta masyarakat umum.

No comments:

Post a Comment