ALOR SETAR, 21 Mei 2026 — Starwalk Alor Setar Kedah bakal berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 22 Mei (Jumaat) dan 23 Mei (Sabtu) 2026 menerusi penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2026 yang dijadualkan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Kumpulan Chontiang Legasi Kartunis turut mengambil peluang menyertai acara berprestij itu atas jemputan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung.
Menurut ketua kumpulan Chontiang Legasi Kartunis, Shahrul Nizan Othman atau lebih dikenali sebagai Kartunis Kucai, penyertaan kali ini merupakan kali ketiga kumpulan tersebut bersama-sama menjayakan program berskala besar seperti itu.
“Program seperti ini memberi impak positif kepada golongan belia agar lebih agresif, berdaya saing dan kreatif di samping memupuk nilai keharmonian dalam kalangan masyarakat menerusi Sambutan Hari Belia Negara 2026,” katanya.
Pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan oleh Chontiang Legasi Kartunis antaranya pameran karya kartun, lukisan karikatur secara langsung, jualan merchandise eksklusif, majalah, buku ilmiah dan komik. Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan servis seni keychain nama, seni tulisan grafiti serta seni doodle yang dipersembahkan khas oleh kumpulan tersebut.Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama beberapa pertubuhan belia termasuk Rakan Muda, Majlis Belia Daerah Kota Setar, M.A.Y.C, ABIM Kedah, Gerakan Belia 4B Malaysia, Kelab Belia Bandar Kota Setar serta sekretariat Hari Belia Negara dan MADANI.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut di samping menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di reruai Chontiang Legasi Kartunis dan reruai-reruai lain sepanjang program berlangsung.
Dengan pelbagai pengisian menarik dan aktiviti kreatif yang disediakan, Starwalk Alor Setar dijangka menjadi antara acara belia terbesar dan paling meriah di Kedah tahun 2026 ini.


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment